Tuesday, February 17, 2009

Umar Abdul Aziz (khalifah rasyidin kelima)

Oleh: Ibad Ahmady

Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. 

Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Monday, February 9, 2009

Hadith 18- Imam Nawawi

عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengankebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia denganbudi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,ia adalah Hadis Hasan Sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Wasiat Allah yang Agong:
- untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al-
Ahzab:70) .
2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
- juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.
3) Kelebihan sifat ini :
Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga. Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya. Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang dikehendaki :
ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah.
tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).
5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17).
yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69)
hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.
cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al Ahzab:21).

Pengajaran hadis:
Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun diketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.
Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan
mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalantopup.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita.. 

Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..

Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .

Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :
 
1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya. 
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan 
3.Bangun malam dengan beribadat 
4.Bermunajat pada waktu sahur 
5.Berdamping dengan orang Soleh 
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat 
7.Uzlah daripada orang jahil 
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil) 
9.Makan benda yang halal

Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)

Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.

 

Saturday, February 7, 2009

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP)

Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN. 


Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.

P/s: pengalaman student sendiri.."masa sekolah rendah dulu suka SAINS cikgu, sbb dalam BM...tapi skang nie xpaham la cikgu...BI susah"... pa NK JAWAB??? 

Perak..apa dah jadi?


KUALA KANGSAR - Biarpun pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir akhirnya secara rasmi mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Hadir pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas-bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali serta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, tiada seorang pun ADUN Pakatan Rakyat termasuk ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kelihatan pada majlis itu.

Difahamkan mereka memboikot upacara tersebut sebagai membantah cara Zambry diangkat sebagai Menteri Besar yang baru.

P/S: Apa dh jadi dgn negeri Perak??? MB yg di pilih oleh rakyat di singkir dan ditendang sesuka hati!!! ini ke dikatakan negara DEMOKRASI??? Klu mcm ni cara pilih pemimpin, sampai bila2 pun negara MALAYSIA nie x aman...pilih pemimpin biarla ikut syarat2 dlm ISLAM bukan pakai otak lutut/politik WANG!!!

Bengang betul, orang2 BN nie belajar je tinggi tp bila wat keputusan otak letak dkt kaki...pa yg xpuas ati sgt dgn pembangkang nie!!dah orang xnk kt kita, xyahla nk terhegeh2,muka xmalu..


Tuesday, February 3, 2009

Bantah secara sederhana-Raja Zarith


SERANGAN dan tindakan ganas rejim Zionis terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza telah menimbulkan bantahan di seluruh dunia.

Di Malaysia, bantahan tidak terkecuali sebagai memberi gambaran bahawa serangan itu sememangnya ‘tidak direstu’ rakyat negara ini. Justeru, ramai pihak mengadakan demonstrasi meminta supaya kekejaman itu dihentikan segera.

Namun, adakah beberapa saranan termasuk memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya Amerika Syarikat akan memberi kesan langsung dan sesuai dilakukan?

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Masyarakat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah ada pandangan tersendiri.

Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, LUQMAN HAZIQ dan jurugambar, RAJA JAAFAR ALI dengan isteri Tunku Mahkota Johor ini di The Zone, Johor Bahru mengenai konflik Israel-Palestin yang mula menarik perhatian beliau sejak tahun 70-an lagi.

UTUSAN: Bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza masih berterusan. Bagaimana Tunku melihat perkembangan ini?

RAJA ZARITH: Seluruh dunia sedang protes dan kita kena tahu apa yang kita nak protes dan kenapa kita protes. Macam di Barat, apa yang berlaku di Gaza, bagi mereka adalah krisis kemanusiaan. Sama seperti di Sudan dan negara lain di Afrika.

Maknanya, jangan tumpu hanya kepada Gaza. Kita juga perlu tumpu kepada negara lain termasuk rakyat Malaysia sendiri yang perlukan bantuan.

Satu lagi, jangan terlalu emosional. Jangan tuduh semua orang Yahudi jahat. Kita juga banyak contoh orang Islam jadi ‘pengganas’.

Israel juga macam kita di Malaysia. Bukannya terdiri daripada satu kaum dan beragama Islam sahaja. Di Palestin ada orang Arab Islam, orang Yahudi dan Kristian. Begitu juga di Israel.

Jangan kita hanya nak tolong satu kaum yang menderita sahaja. Kita kena tolong tanpa kira bangsa dan agama. Di Israel, ramai juga yang bantah seperti yang disiarkan oleh Al-Jazeera. Rakyat Israel juga menentang, tidak suka dengan apa yang berlaku. Maknanya, perkara ini sangat kompleks.

Tetapi bantahan yang ditunjukkan seakan-akan difokuskan kepada isu agama. Pandangan Tunku?

Memang. Bantahan orang kita macam fokus kepada agama dan fokus kepada apa yang berlaku di luar negara. Sedangkan negara kita masih perlukan bantuan.

Memang betul rakyat Gaza perlu bantuan. Keganasan rejim Zionis itu tidak boleh diterima. Kita jangan terlalu menyokong, tengok dan baca surat khabar serta buat kajian. Mana kawasan untuk orang Arab, Yahudi dan Kristian.

Saya ada baca sebuah buku A History of Palestine oleh Profesor Gudran Kramer. Beliau pensyarah di Universiti Haifa di Israel dan beragama Yahudi.

Tapi tulisan dia tak berat sebelah. Dia bertanya kepada pelajar Yahudi dan Palestin di dalam kelasnya. Mereka mempunyai pendapat berlainan mengenai apa yang berlaku di Palestin.

Mungkin buku ini boleh dibaca untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan di sana.

Tunku sendiri mungkin ada pengalaman mengikuti persidangan mengenai konflik antara Israel-Palestin ini?

Saya pernah tulis artikel tentang pengakuan seorang rabai. Dia tinggal di Palestin. Dia kata, dia tak pernah berbual-bual dengan orang Arab walaupun jiran-jirannya semua orang Arab.

Satu hari itu, dia naik teksi. Dalam perjalanan, dia minta pemandu teksi berhenti sebab dia hendak sembahyang.

Dia bersihkan diri sebelum sembahyang dan pada masa sama, pemandu yang beragama Islam itu berwuduk. Apabila sembahyang, dia menghala ke Baitulmaqdis manakala pemandu itu ke arah Mekah. Sejak itu dia sedar, sebenarnya tak ada banyak beza antara dia dan pemandu itu.

Dia rasa bersalah kerana tidak pernah berminat untuk memahami orang Arab sebelum ini. Kita kena faham, mereka melalui terlampau banyak keganasan. Di Palestin pun banyak pengganas, macam Hamas yang bersikap seperti militan.

Kita kena faham, dari kecil sehingga besar, jika kanak-kanak dengar ibu bapa dia kata orang Israel jahat, ganas, bila besar dia akan terus berfikiran begitu. Begitu juga dengan orang Israel.

Kaum muda Palestin dan kaum muda Israel dibesarkan dengan perasaan benci. Memang betul kerana mereka melihat keganasan itu tidak pernah habis.

Bila Israel kata nak berdamai, ada pula pengebom berani mati di Israel. Mangsa ialah orang awam yang tak bersalah, jadi mereka marah.

Jadi apa yang boleh dilakukan?

Misalnya, satu persembahan orkestra di Albert Hall London dianggotai remaja Palestin dan Israel. Ini satu cara untuk berdamai, melalui muzik orkestra.

Dalam orkestra, kalau tiada kerjasama, persembahan akan sumbang. Ini satu cara untuk satukan mereka.

Tetapi bila perkara baik itu dilakukan, media tak dedahkan. Bila benda tak elok, mereka dedahkan. Kenapa kita tak tonjolkan perkara sebegini. Memang betul peranan media itu mustahak. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang dilaporkan. Kita perlu media untuk dapatkan maklumat.

Baru-baru ini saya tengok Al-Jazeera, mereka temu bual tiga orang. Seorang bekas Ahli Parlimen Israel, seorang Ahli Parlimen di Palestin dan seorang Profesor di Israel. Bekas Ahli Parlimen Israel itu beritahu, ramai rakyat Israel mengadakan protes ke atas serangan Gaza.

Tetapi media Barat tidak siarkan protes itu. Dia kata lebih 10,000 orang terlibat. Sepanduk yang mereka bawa tertulis Arab-Israel in Peace.

Begitu juga Ahli Parlimen Arab dan profesor itu, mereka juga membantah tindakan Zionis. Macam di Parlimen kita.

Ada dari UMNO, Pas, DAP dan sebagainya. Siapa yang kuat dan dapat undi terbanyak, mereka menang. Perkara yang sama berlaku di Parlimen Israel.

Pada pandangan Tunku apa iktibar yang boleh kita ambil?

Anak muda sekarang, ramai yang bertindak secara ekstrem. Contohnya, kita orang Melayu, kita sudah berpecah mengikut politik. Kita hanya nampak buruk orang lain. Kita pun tak bersatu.

Di Palestin pun sama, mereka tak bersatu kerana politik kepartian. Israel pun sama, mereka ada beberapa parti politik. Saya minta orang muda buat kajian sebelum membantah keterlaluan.

Sekarang senang kerana kita ada Internet. Misalnya nak tahu apa makna Zionis, taip sahaja. Jangan kita gunakan perkataan Zionis, tapi kita tak tahu apa makna dan sejarahnya.

Internet adalah satu perpustakaan besar. Ada yang kata Internet tak bagus, pasal seksual.

Tetapi kita kena bijak cari yang baik. Jangan terus kata Internet tak bagus. Bagi saya, dengan Internet, informasi memang di hujung jari.

Jadi, bantahan kita harus kena pada tempatnya?

Kita tak boleh keterlaluan dan mengikut emosi. Saya risau, banyak protes sekarang. Saya risau, perasaan benci keterlaluan terhadap bangsa Yahudi. Sebenarnya, rejim Zionis yang serang Gaza, bukan rakyatnya.

Pandangan Tunku tentang saranan supaya boikot barangan Israel, Amerika?

Kalau kita nak boikot Yahudi, kita tak bolehlah hendak guna Microsoft sebab Bill Gates, Yahudi. Banyak barang perubatan seperti mesin dialisis dicipta oleh orang Yahudi. Kalau kita nak kata orang Yahudi semua jahat, maka jangan guna mesin dialisis.

Apa yang saya nak kata, orang Yahudi yang cipta dan hasilkan semua ini, bermakna mereka hendak memberi sumbangan kepada dunia.

Dia nak tolong orang sakit. Ini sumbangan besar kepada dunia perubatan. Rejim Zionis yang ganas. Rejim itu yang buat keputusan ganas, bukan rakyatnya.

Apa peranan pemimpin dalam hal ini?

Kalau boleh kita seimbang. Apa yang berlaku adalah politik. Kita bukan orang politik. Yang punya kuasa adalah ahli politik, pemimpin kita, bukan kita. Kita rakyat biasa dan tidak boleh buat keputusan. Contohnya, kerajaan Malaysia buat keputusan naik harga minyak.

Bukan semua rakyat bersetuju. Itu keputusan kerajaan. Yang saya nak tekankan supaya kita jangan terlalu ekstrem, jangan bias. Pemimpin kita kena jelaskan perkara sebenar mengenai isu ini.

Untuk kita beragama Islam, kita mahu orang yang bukan Islam memahami Islam. Sekarang keganasan dikaitkan dengan Islam.

Rasulullah berjuang sebab ada orang ancam agama.

Jadi Rasulullah berjuang untuk mempertahankan agama suci kita. Kita kena buktikan Islam bukan agresif dan ganas.

Macam Rasulullah, orang kutuk dan benci, tetapi baginda tidak lawan balik. Islam adalah agama yang galakkan keamanan.

Ada pandangan mengatakan orang ramai khususnya golongan muda yang terlibat dengan bantahan sebenarnya tidak tahu isu sebenar dan hanya terikut-ikut. Pandangan Tunku?

Macam dalam surat khabar, pelajar yang ambil bahagian, adakah mereka faham atau tidak apa yang mereka lakukan? Saya melihat, mereka terlalu terikut-ikut. Jangan terikut-ikut tapi kena faham apa yang dilakukan.

Sekarang ini, kita umat Islam memang terasa dengan apa yang berlaku kepada saudara kita di Gaza. Dulu pun di Sudan, mereka pun orang Islam, tapi kenapa kita tak buat protes dan hantar bantuan ke Darfur? S

aya rasa di Darfur, apa yang berlaku orang Arab yang tak terima orang Afrika dan nak bunuh semua sekali.

Seperkara lagi iaitu mengenai pengebom berani mati. Kalau bunuh orang yang tidak bersalah, itu bunuh diri sendiri, bukannya mati syahid. Itu tindakan yang melampau. Memanglah kalau semua ahli keluarga atau kawan-kawan kita dibunuh, pasti kita berdendam.

Di sini (Malaysia) jangan pula kita terikut-ikut. Macam kejadian di Bali, bukannya tentera yang jadi mangsa, tetapi pelancong yang mati.

Kalau mangsa itu bekerja sebagai tentera pun, mereka bukan bersenjata. Tindakan itu berdosa kerana mangsa tidak bersenjata dan tidak berdosa


P/S: nie pendapat rasional/emotional?? ntah pa2 puny pendapat yg tunku bagi!!! cubala letakkan diri kt tempat ank2 palestin yg kn bom, bedil, kimia fosforus..agk2 keluar x kenyataan cm nie, cubala fikir sket!!! fikir2kan la sket