Monday, September 14, 2009

ISTIQAMAH

Seringkali kita dengar ungkapan ini....ISTIQAMAH!!! Tapi istiqamah itu bagaimana ye? Adakah ia sejenis biskut, roti atau barangkali sejenis menu berbuka puasa???Hmmm...jom kita selongkar mencari kembara ISTIQAMAH

Berasal dari perkataan Arab "istiqama" yang bermaksud tetap TEGUH mengikuti satu jalan atau dengan kata lain...melakukan sesuatu secara konsisten dalam tindakan berdasarkan satu panduan. Melihat kepada ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan ISTIQAMAH, surah Al-Ahqaf ayat 13-14; "Sesungguhnya orang yang berkata 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka istiqamah, maka tidak ada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak akan bersedih. mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan di atas apa yg mereka lakukan"

Contohnya..pada zaman Rasulullah, seorang sahabat bertanya tentang Islam dan kunci kejayaan hidup menuju akhirat kelak..lau Baginda menjawab; "Katakanlah; Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah"
Rasulullah kemudiannya menjawab agar kita memperteguhkan 2 tiang UTAMA:
  1. Iman yang mantap
  2. Amalan yang berterusan dan konsisten
Jadi, sebagai hambanya yang kerdil...berterima kasihlah kepada Nya dengan cara menambahkan lagi keimanan dan memperteguhkan lagi amalan. Itulah ISTIQMAH...........jadi, ayuh yup kita cari gali ISTIQAMAH!!!

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...lamanya blog nie ditinggalkan penuh bersawang dan berhabuk...uhuk3x!!!

bukan tak nak dimuatkan isi, tapi...kekangan masa bekerja nie mmg berlainan daripada masa belajar dulu...lagi syok belajar rupanya (",) tapi InsyaAllah...kerja bukan beerti dakwah dan tarbiyyah juga berhenti..mungkin bukan dari segi penulisan sbb bukannya reti menulis pun..berangan je

Alhamdulillah hari ini dah 11 Ramadhan, belum terlambat rasanya untuk ku ucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada seluruh umat Islam di dunia ini...Ya Allah, syukur Engkau masih beri kami kesempatan dan peluang untuk menjadi penagih kasihMu dalam bulan rahmat wa barakah ini...InsyaAllah

Kepada seluruh muslimin wa muslimat...ku doakan Ramadhan ini menjadi batu loncatan untuk bergerak lebih cergas dan lebih pantas...sama ada dalam kehidupan peribadi, mahupun dakwah antum....utamakn yang penting dari yang penting...dan ini bukan bermaksud apabila antum mengutamakan pembelajaran/pekerjaan antum, persoalan dakwah harus diketepikan.

Kereta DAKWAH dan kereta PERIBADI antum harusla seiring...bagi yang baru menjejakkan kaki ke dalam bidang dunia ISLAM IS OUR WAY OF LIFE...ana ucapkan Ahlan Wa Sahlan dan semoga langkah ini menjadi LANGKAH TERCIPTA untuk antum mendaki tangga yang lebih tinggi. Jangan kita takut untuk mendaki selagimana kita belum cuba untuk mendaki kerana disitu pastinya ada kejayaan untuk antum!!!

Doakan ana terus thabat dalam perjuangan...

Salam perjuangan, salam Ramadhan