Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...lamanya blog nie ditinggalkan penuh bersawang dan berhabuk...uhuk3x!!!

bukan tak nak dimuatkan isi, tapi...kekangan masa bekerja nie mmg berlainan daripada masa belajar dulu...lagi syok belajar rupanya (",) tapi InsyaAllah...kerja bukan beerti dakwah dan tarbiyyah juga berhenti..mungkin bukan dari segi penulisan sbb bukannya reti menulis pun..berangan je

Alhamdulillah hari ini dah 11 Ramadhan, belum terlambat rasanya untuk ku ucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada seluruh umat Islam di dunia ini...Ya Allah, syukur Engkau masih beri kami kesempatan dan peluang untuk menjadi penagih kasihMu dalam bulan rahmat wa barakah ini...InsyaAllah

Kepada seluruh muslimin wa muslimat...ku doakan Ramadhan ini menjadi batu loncatan untuk bergerak lebih cergas dan lebih pantas...sama ada dalam kehidupan peribadi, mahupun dakwah antum....utamakn yang penting dari yang penting...dan ini bukan bermaksud apabila antum mengutamakan pembelajaran/pekerjaan antum, persoalan dakwah harus diketepikan.

Kereta DAKWAH dan kereta PERIBADI antum harusla seiring...bagi yang baru menjejakkan kaki ke dalam bidang dunia ISLAM IS OUR WAY OF LIFE...ana ucapkan Ahlan Wa Sahlan dan semoga langkah ini menjadi LANGKAH TERCIPTA untuk antum mendaki tangga yang lebih tinggi. Jangan kita takut untuk mendaki selagimana kita belum cuba untuk mendaki kerana disitu pastinya ada kejayaan untuk antum!!!

Doakan ana terus thabat dalam perjuangan...

Salam perjuangan, salam Ramadhan

No comments: