Monday, December 1, 2008
Penerbangan terakhir
Assalamualaikum.....
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan
memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila
perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang
yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam
Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang manfaat
PERHATIAN
Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai
kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang
kesusahan.
DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu
di ingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk
anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur
khidmat sepada anda semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH
surah Al-Kahfi;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka
hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu"
P/S: ambiklah ibrah dr artikel ni, xkn bace je kot...~_*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment